Sebenarnya kejadian ini dah berlanjutan selama beberapa hari, cuma pagi tadi kemuncak segalanya beraksi, aku tak tahan lagi sampai aku buat apa yang aku buat.
Apa aku buat? Bagus soalan kalian.
Aku picit jerawat, yang dah masak ranum ibarat epal merah, tunggu masa nak meletus ibarat sebijik volcano meludahkan lavanya dan menjahanamkan tanaman di sekelilingnya.
Lepas tu aku pegi kelas, kawan tegur, kenapa mulut aku bengkak? Untuk pengetahuan semua, jerawat itu terletak di koordinat 12S, 81N arah barat daya dari ufuk timur. Atau untuk lebih mudah, ia terletak di atas mulut, bawah hidung, belah kanan.
Nah, sekarang cuba kalian bayangkan, mulut bengkak sebelah, atau bahasa lainnya, mulut herot, tau? Cacat gila weh tak tipu. Kelakar. Kawan tak bersimpati langsung, malah ketawakan aku lagi ada la.
So balik dari kelas, aku nekad nak cari ubat jerawat. Aku ambush Watsons, aku tanya kakak tu, ubat jerawat apa paling mujarab. Akak tu cakap Secret Garden. Aku was-was pada mulanya. Macam tak berapa nak yakin. Tapi mahal weh, RM18 untuk botol kecik je.
Maka selepas membaca spesifikasi yang tertera di luar kotak itu, aku pun dengan redha membuat pembayaran, sambil otak bergeliga memikirkan macam mana nak claim balik daripada bapak aku. Aku harus punya cara! Takpe nanti aku fikirkan, itu kurang penting buat masa sekarang. Yang penting mulut aku sembuh dari bengkak.
Dah la jumpa junior aku kat Watsons dia perasan bengkak tu, dia tanya, kena gigit dengan binatang ke? -_____- Soalannn.. Tak relevan tau, kalau ikut Dr. Hilal (abaikan siapa Dr. Hilal, dia hanya watak sampingan).
Lepas aku balik, aku terus sapu ubat tu. Cuba teka apa jadi?
Hilang weh bengkak, tak tipu. Teori aku tentang ubat yang kecik/sikit tapi mahal ni selalunya mujarab, memang betul. Dengan kemujaraban ubat itu, dan dengan izin-Nya, mulut aku dah tak bengkak lagi. Boleh lah lepas ni aku sambung aksi ambil gambar sambil pose pouty lips.
Serum jerawat Secret Garden (Acne Serum) merupakan produk anti jerawat yang berasaskan air, tidak melekit serta lembut untuk digunakan bagi semua jenis kulit. Ia juga mengandungi bahan yang unik untuk mengatasi masalah jerawat. Bahan semulajadi didalam formula ini membantu mengawal penghasilan jerawat, mengurangkan jeraat tumbuh tanpa menyumbat liang roma muka. Hasilnya dapat dilihat dalam beberapa hari.
Lihat sini untuk tengok ghupe ubat mujarab itu. Aku bangga jadi anak watan Malaysia!

No comments:
Post a Comment