Oct 31, 2011
Le Pliage
Zasss! (Kalau cakap ni kat Raihan mesti dia tanjat Boboi! Lols)
Want to own a Le Pliage, or, want to own Le PliageSS (this means to own it in many colorssss)?
My friend brought it all the way from Paghis (Paris lah). But that day she only brought 4 and I bought em all hehee.
So barangsiapa berkenan untuk meng-order, you can do so through me. She's going back to Swiss in mid January and will be coming back to Malaysia in February. The prices are as follows:
Small size
Retail price in Malaysia : RM530
Selling for : RM380
Medium size
Retail price in Malaysia : RM630
Selling for : RM480
Berminat?
Sila hubungi Farrah di Talian Nur 25529 atau SMS sahaja ON LONGCHAMP dan hantar ke 52259.
And by that, I meant just comment here lah if you want to order ogehh pretty people. Happy working! XX
Monday Oranges
I don't have Monday Blues today sebab tak pegi kerja, MC. Flu and sore throat (Tak severe langsung, nampok sangat nipunyeww). Eh tapi betul sakit. Kalau tak takkan la dapat MC kan. So kenapa Orange? Sebab saya Sang Matahari. Ini hanya boleh difahami oleh my Tacos only :D
So I had brunch with Ayah. Mama masak udang masak lemak cili api & sambal daun tempoyak. Nyumms! Idy pasti naik hantu dengar sambal daun.
Lepas tu ada lalat sekor annoying gila pusing-pusing kat meja, cari port baek punya nak landing. Mama bising marah-marah lalat tu.
"Asal Mama masak je mesti dia berlumba-lumba terbang"
Ayah sambil kopek kepala udang asked "Lalat tu masuk acara apa? Hurdle ke 100m ke"
Lepas tu Ayah took my kepala udang then he said ni la yang sedap. Otak udang yang orang letak dalam laksa la apa la.
I said, bukan nanti lembab ke makan otak udang sebab tu ada peribahasa tu.
Ayah cakap "Kalau dah lembab tu tak makan otak udang pun lembab jugak"
That's why I always miss him :)
Ibu Mertuaku
Hello please. Jangan salah faham. Iolss belum kawin okay, takde mak mertua. Ni sebab tengok cerita Melayu tadi. Mak mertua dia jahat. Ada ke tak bagi menantu dia balik raya ngan mak dia dah 10 tahun. Lepas tu raya tahun tu dia bagi, tapi kena siapkan kuih segala macam, rendang apa jadah semua. Dia nak buat rumah terbuka ajak Perdana Menteri agaknya. Sewel. Dah la anak menantu tu pukul berapa pagi baru balik kampung perempuan tu. Sampai-sampai je, mak perempuan tu dah meninggal. Adhoyaii..
And so it made me think...
Takutnya kalau dapat mak mertua macam tu. Dapat pulak suami macam tunggul tak reti speak out, patuh tak bertempat. Duduk pulak rumah mak mertua. Memang tak jalan la bhaii..
I said : Mama, takut kan kalau dapat mak mertua jahat macam ni.
Mama said : Kalau mak mertua kau macam ni, Mama datang jumpa. Jangan memain ngan Mama.
Wow. Not so serious, Ma. Kita lek2 je Ma.. Ni imaginasi je, bukan betul-betul. Tapi cebayangkan betul-betul jadi. Simpang malaikat 44. Tapi gila drama kalau betul jadi. Gaduh-gaduh tarik rambut, tonyoh cili kat mulut, lumur serbuk kunyit kat mata, lempar periuk belanga bagai. Ahhh, imaginasi aku terlampau lagi kali ini nampaknya.
Assalamu'alaikum & Good night.
Oct 30, 2011
Pengalaman Yang Tidak Dapat Dilupakan
Wahhh tajuk post, melets! Kalah karangan adik-adik yang belajar kat Sekolah Rendah (T) Bukit Rokan, Negeri Sembilan. Takde kena mengena.
Anyway, harini pergi lepak MidValley Megamall. Dah la pakai baju kurung bagai sebab baru balik from wedding, seriously rasa tua gila. Pegi wedding & Mid with Raihan so I had to go back on my own sebab apparently Mama dah balik rumah tinggalkan yours truly. So I had to naik train balik Kajang. And by train, I meant KTM, not any bullet train yang 5 minit boleh sampai Kajang from Mid. NO. Ni KTM that we're talking abut. Keretapi Tanah Melayu.
So I waited for hours just for the train to arrived. Delayed la, cancelled la, orang makin lama makin ramai. Makin berpusu-pusu dah nak roboh platform tu. Ada yang duduk, ada yang cangkung, ada yang macam nak lompat atas landasan pun ada. Tu tipu.
When the train finally arrived, saya masuk PINK COACH (this font color is not really pink lah) a.k.a KOC WANITA (is that how they really spell out 'coach' in BM?) a.k.a COACH FOR LADIES. Seriously, prior to today, I thought the coaches were all pink. But I was frustrated to see just pink sign. No pink seats, no pink doors, no, nothing. Just pink signs. Whatever la.
Then bila dah berjaya masuk, dah padat dah ni, memang dah takleh masuk dah.
Tiba-tiba...
Datang seorang wanita Cina, badan agak gempal, rendah (kurus sikit daripada Semah). Tiba-tiba dia datang, kau tau apa dia buat? Dia masuk-masuk lepas tu tolak semua orang (sila imagine gaya Rikishi nak smack down Stone Cold, macam nak smack him from the side using his arms) - Sambil cakap "I wanna go in!". Dia tolak, tolak, tolak, sampai dia rasa dah takleh tolak lagi dah.
And I instantly and furiously said "Heyyy you shouldn't just PUSH people, you know?"
She said "No, I just wanna go in"
I said "Yeah, everybody wants to go in! But it's full already, can't you see?"
She said "Yeah yeah sorry" (as if she couldn't be bothered enough)
I said "You could hurt people or anything you know. Don't simply push people la"
She said, annoyed "Ya ya la I said sorry to you righttt"
I kept quiet. No point arguing with such an idiot yang mempunyai imaginasi bahawa dia tu WRESTLER, cuma tak make it to the international arena of WWE je. Loser.
**********
The trained stopped at the next station. The door opened.
That WRESTLER WANNABE, again, with such stupidity that she weirdly possessed, PUSHED PEOPLE AGAIN!!
While saying "Don't push me out! I wanna go in! I wanna go in!"
Padahal.. Aku tak nampak sesape makhluk Allah pun yang tolak dia keluar. Goshhhhh what kind of imagination kau ada ni?? Sumpah pelik dhoweeeee! Siapa yang tolak kau?? Kalau aku nak tolak kau aku tak tolak masa train berhenti la. Aku tolak masa train tgh bergerak, biar kau tergolek dari Serdang ke Kajang, paham??
**********
Lepas dia dah keluar from train tah kat hentian mana tah dia turun lantak la, lepas tu kat satu station ni masa train stopped, naik la sorang Cina, badan agak-agak yang macam Cina tadi jugak. Nasib baik dia tak hingin jadi wrestler. Tiba-tiba ada sorang lelaki masuk, lepas tu pintu terus tutup.
I was at the verge of saying "Heyyy no men please, tak baca ke sign tu? Panggil polis karang baru tau!" until I realised that, he's a policeman. So, okay... Diam je...
Tapi ada orang Africa diri belakang aku cakap "Wanita Sahaja" wahh githeww kelass BM kau Nyobe! Abang Polis pasti sentap.
Tapi he was good la at least because when the train stopped at this one station, ramai orang nak masuk termasuk 2 orang Mat Bangla. Abang Polis keluar je from the train, terus shoved them. Ahh sungguh gentleman. Gatal.
At another station, ada jugak manusia batak berjantina lelaki nak masuk koc wanita (I kinda like this KOC word. Pelik). A Malay guy, uneducated perhaps. Attempted to masuk the ladies' coach.
Then I said "NO MEN PLEASE". Wah aku jadi heroin la lebih kurang, menyelamatkan wanita-wanita di dalam koc itu.
Then he said "Eh dah penuh ke?".
I should reply him "Eh takde la kan ke kosong ni nak masuk pun boleh gak tapi kena jadi wanita sepanjang masa, mampu?"
Tapi he was good la at least because when the train stopped at this one station, ramai orang nak masuk termasuk 2 orang Mat Bangla. Abang Polis keluar je from the train, terus shoved them. Ahh sungguh gentleman. Gatal.
At another station, ada jugak manusia batak berjantina lelaki nak masuk koc wanita (I kinda like this KOC word. Pelik). A Malay guy, uneducated perhaps. Attempted to masuk the ladies' coach.
Then I said "NO MEN PLEASE". Wah aku jadi heroin la lebih kurang, menyelamatkan wanita-wanita di dalam koc itu.
Then he said "Eh dah penuh ke?".
I should reply him "Eh takde la kan ke kosong ni nak masuk pun boleh gak tapi kena jadi wanita sepanjang masa, mampu?"
I saw the above photo while I was Google-ing. Which made me think. "Wanita sahaja sepanjang masa". The thing is, ada ke orang yang tak jadi wanita sepanjang masa? Macam, masa dia naik koc wanita tu, dia wanita la initially. Tiba-tiba macam 10 minutes later dia dah tak jadi wanita dah, dia jadi separa wanita. Suara mula garau, misai mula tumbuh. 30 minutes later, dah completely bertukar jadi bukan wanita. Kalau macam tu, macam mana?
Kesimpulannya KTM sux. Tolong avoid. Good night.
Kesimpulannya KTM sux. Tolong avoid. Good night.
Oct 29, 2011
Oct 28, 2011
Not-the-Theorem-Pythagoras Theories
Taken from a friend's FB - Engineers' Wedding Rings. Cool jugak. I wonder kalau lawyers' wedding rings apa rupanya? Tukul dengan alas dia tu?
Anyway my girlfriends came out with theories basically on "Why is Farrah Still Single".
First - Sebab you pakai ring la babe.
That ring is from my parents. Back then I used to have one which Mama bought for me but hilang. Tercicir tah kat laut mana tah. Recently I got a new one which I wear on a daily basis. So they thought that, maybe, just maybe, guys refused to approach me upon seeing the ring. Padahal pada hemat saya, memang takde lelaki nak approach pun in the first place.
Question is ; ada ke lelaki sebelum nak approach perempuan, usha tangan kiri kanan, tengok ada cincin bomoh ke cincin nikah ke cincin belah rotan ke, pastu baru cakap "Hye, leh knal?" dengan nada penuh kerempitan, bukan kesempitan. Maybe ada. Ada la kot.
So they asked me NOT to wear the ring, try sebulan tengok camne. Masalahnya kalau tak pakai ring pun, lepas tu aku duduk menonggok kat dalam office hadap computer, sama jela kan?
This is when the second theory came about.
Second - Sebab you buat convey kot.
Conveyancing memang takde keluar2 office sangat. Unlike corporate where you'll get to go to client's huge office and melantak buat due diligence, atau litigation where you'll get to poyo2 jalan bawak file 2 keping, yang nipis, tapi perasaan bangga tu tetap ada, lepas tu makan kat cafe court sambil usha lawyer handsome tapi end up sakit mata sebab banyak lawyers batch2 Karpal Singh je.
Kalau buat convey, habis2 pun pegi stamp office. Kat stamp office banyak despatch, which, urmmm... OK moving on.
And kalau tak pegi stamp office pun, pegi land office. Kat land office pun banyak despatch jugak, which...
So, get what I mean?
And the worst part is my firm is being dominated by Chinese. Bukan nak racist la adhoiyaii apa la fikir macam tu pula. Habis kalau dah ramai Cina, Melayu nya takde, tak jadi la jugak.
Third - Belum wujud teori ketiga. Harap2 takde.
Eh, Hello!
I have resumed blogging (since 5 minutes ago), for whatever reasons. Hahahahahhaha. Tak kelakar. Dah lama tak julingkan mata menaip blog posts.



