Sep 27, 2012

Twenty Four

Assalamu'alaikum & Hey ho let's go!

So, this girl (or I'm not a girl not yet a woman / I'm no longer a girl but half a woman) turned 24 yesterday. Being the typical me, bila zaman dah dekat nak birthday mula lah sikap perasan dalam diri membuak-buak. Perasan orang nak bagi present la, perasan orang nak buat surprise kat dia la, perasan orang nak ikat kereta dia dengan ribbons pastu ikat belon la, banyak la perasan, or more to berangan. *this can still be a hint to them girls though hihi*

So, fiancĂ© and I decided to have the dinner on my birthday eve instead of the D-day. On Tuesday, getting so caught up in never ending work, I walked to KLCC around 7 something. Prior to that, he said we should meet up at 7 instead of 6.30 cause he needs to send his Mom to the clinic. Considering I have thousands of files to be attended to (exaggerating), so I was ok with it.

Headed to Chili's and made reservation, had to wait for 1/2 hour, so we sat on the bench somewhere nearby to godek-godek hp. He surrendered his iPhone to me after buying a new baby HTC. *Jumping up and down fabulously  sebab dah tak payah pakai BB sebab selalu hang*.

Godek-godek iPhone, iPhone pun mam...pus. Battery habis. 

So anyway, during the dinner, he gave me the first present. I knew about that particular present because he told me. He intended to surprise me with it but being him, surprise selalu tak jadi. Something is wrong somewhere, maybe :D


Green Legacy purse :)

Lepas tu makan-makan, borak, cerita pasal birthday tahun ni nak celebrate atas kapal mewah yang mana satu, and next year nak celebrate birthday kat negara 4 musim yang ohsem, lepas tu cerita pasal saham yang makin naik melambung, etc.

Tak la. Cerita pasal hidup je.

So we went back after dinner, nak balik awal sebab nak pegi ambik kereta (birthday present from ME to ME. Aww so sweet of ME.)

Headed to his car, masih tak perasan apa-apa sampai he told me, that there's another something that awaits me in the car, on the front seat.

A bouquet of lilies!!

Opened the door and vooshhhhh - Smell sooooooo nice :))


Last time were roses, so this time around lilies it is! :)

Ok selepas bergambar sakan dengan bunga, tapi tak se-sakan Rozita Che Wan bergambar dengan Shahir ok, lepas tu masuk la kereta. Parking lot tu panas Cik Ta oii. He said, "Masuk la dulu, I nak tukar selipar kat belakang". And I was "Ok".

Tiba-tiba budak tu datang kat pintu kereta dan beri satu plastik besar ada kotak besar gaban dalam tu. Siap ada ribbon. I was like "Ya Allahhhhhhh. Ni apa ni?". Ala tak pandai react la Farrah ni, tanya apa pulak, bukak la kan baru la tau apa dalam tu. Hmphh.

So when I opened it, I couldn't help but scream and cry. Aku pun tak tau kenapa aku menangis ibarat ada orang baru buat announcement yang aku menang Oscar Award githew. Ah sudah.

Apa dalam kotak?



Hambek kau.

DETTOL ANAK BERANAK.

Suka dah. Dulu nak macam ni untuk hantaran tunang tapi dia takmau kasi, sekarang dapat pun nyie la hai :D

Oh sekarang baru tau kenapa masa bukak kotak tu menangis, sebab he's just so, thoughtful. Full stop.

Dah la penat la terkejut. Asyik nak tanjat boboi je pun tak elok jugak untuk jantung kan.

In conclusion, had an awesome first birthday celebration with him, and of chosss, looking forward to moreeeeee (sampai birthday ke-97 Insha Allah lols).

Alhamdulillah for all blessings, directly or indirectly. For still having those I love around me. For having the pink of health, for having a job (walaupun selalu tweet #sickofjob), for still having legs to walk, eyes to see, tongue to speak, hands to hold, for STILL having everything which has not been taken away yet. So, while still having all these countless blessings, I thank You Allah for everything. 24 years. Alhamdulillah, syukur :)

And thank you to the warm wishes and prayes. Ameen to all du'as made :))

Hence, I'm officially twenty four and literally bespoke :)

Love,
Cik Tanjat Boboi.





Sep 20, 2012

Fun, then.

Was browsing through my Facebook albums which most have been set to private sebab banyak gambar-gambar aku tak pakai tudung. Gambar bukan aurat, kan? Tapi hide jela. Shy..

And I came across one album entitled "Sengal" and looked through the photos. Mostly gambar masa Comm. 2 semasa zaman belajar di UUM.

Comm. 2 ni singkatan untuk Communication 2, an English course that students have to take up, ikut result MUET. Kalau pandai sikit terus naik Comm. 2, kalau kurang sikit kena pegi Comm. 1 dulu. Yang dimaki dahulu adalah kerana Comm. 2 ni dia buat time cuti sem dari 1st sem nak naik 2nd sem, selama 2 minggu.

Nasib baik masa 1st sem dah hujung-hujung tu dah bawak kereta (Perodua Kelisa warna oren yang kini dalam kenangan abadi not Abby Abadi). So takde la bosan sangat layan monyet, pagi tengok monyet breakfast apa, petang tengok monyet curi bra mahasiswi dan sebagainya.

Anyway, all 6 of us (masa tu Mashy ada) duduk la Kolej EON kat dalam campus. Dengar cerita kolej-kolej kat dalam campus hodoh. Bathroom bangsa yang boleh main pass2 sabun mandi lalu atas (temboknya rendah). So we freaked out.

Comm. 2 pun bermula.

Maka, 6 gadis Malaya pun mulakan ekspedisi merentasi dunia perhutanan yang mahakarya cipta.

Takde apa pun. Masa Comm. 2 kena rajin belajar. Kena pass. Tapi orang lain dok sebok belajar (sebab diorang takde KERETA nak jenjalan. Duhhhh) tapi kitorang sebok meronggeng rokiah sikit.

Masa tu baru jugak la kenal erti merayap sakan naik kereta. Dengan keberanian yang ada, kitorang pergi Bukit Kayu Hitam la Penang la. Tu yang jauh la.

Setakat yang dekat, pegi pekan yang dekat tu nama dia Changlun. Changlun jangan cakap la. Hari-hari pergi. Kekadang sehari ada la 2-3 kali pergi sebab ada je benda yang lupa beli.

Yang baru perasannya, memang perangai hantu C-Mart tu dah start dari 1st Sem lagi, sampai la hari terakhir kat UUM.

Buktinya :




Nah, nampak tu. Pegi C-Mart takde la buat apa pun sebenarnya. Meroyan je kebanyakan masa. Naik atas turun bawah, eh lupa beli something, naik atas balik, eh nak beli shampoo, turun bawah, eh bosan la jom tengok barang kat atas, naik atas balik, pastu last-last keluar C-Mart tu dah gelap je dan Zati pun akan bertanya "Eh kenapa dah gelap?". Dah tuu, duduk melantak macam orang gila dalam C-Mart tu, sampai kul 5 lebih, keluar kul 8 memang la dah gelap.

Haishh. Those days. Now nak beli barang kena pegi Giant la Cold Storage la apa la. Tak best la. Takde yang se-best C-Mart. Sini punya Watson kalau kita jenjalan lama-lama dalam tu nanti salesgirl ikut tanya "Amoi, mau apa? Lu cari cuci muka ka? Mau pakai itu Fajula pakai arr? (Fazura - Brand Nutox)". Kat C-Mart takde pun, dia bior je kau orang merayau dalam tu. Asal tak mencuri sudah. Setakat spray perfume Axe Effect sepam dua, tekan lotion pelbagai brand untuk test bau, test eyeliner ke apa ok je (kitorang selalu buat hihi).

I miss you girls laa. Working really sux. Dulu complain alamak tak habis study lagi la, lecturer tak best la. Now bising boss I ni boss I tu, client macam haram la, jalan jammed la, makan mahal la, apa la.

But life evolves. We grow up.

May Allah bless us all, and ease working life for us anak-anak ikan dalam dunia nyata ini. Insha Allah.

**Hugs & Kisses to 5Sekoplets**

Sep 14, 2012

Shananana

Itudiaa title bila dah tak tau nak letak apa jadi title. Itu lah dia. Jadi, twantwandanpwanpwan, esok saya akan mula ber-shanananan bersama Akak Raihan kita iaitu seorang gadis ayu bukan dari desa tapi dari bandar yang berada di pinggiran Setia Alam, dimana dia memakai sepek mata dan sangat berkarisma.

Anyway, sudah. Ini dah jam 6.30 petang, masa untuk pulang. Tapi izinkan saya menge-share sesuatu pada petang yang tidak hujan ini. Mandrem "UiTM Dihatiku" itu jelas sangat kuat kerana saya dan Raihan terbukti terpaut dan kini kembali belajar.

Kini, segalanya bermula. Kelas akan bermula seawal 8 PAGI dan berakhir selewat 7 PETANG.

Waktu rehat?

Nah, waktu rehat kami ialah pada jam 2 - 3 PETANG. Oh, sem sangat rehat sejam je. Memang mak suka noks makan laju2 macam kambing kunyah rumput, tu pun aku nak solat Zuhur mesti tama'ninah tak sempurna ni. Iskk..

Nah, sekarang kita akan tamat disini kerana saya mahu pulang. Lagipun kelas tidak akan bermula esok, bagus la kerana saya perlu menolong Mama untuk bungkus gula-gula masukkan kedalam plastik untuk perkahwinan jiran sebelah.

Sekian,

Selamat berhujung minggu! Assalamu'alaikum dan Salam 5Sekoplets.