Mar 25, 2011

Makan


Pegang case & highlighter tak bermaksud aku nak baca. Aku bergaya sahaja.


Ini tweet aku tadi. Sebab instead of baca cases, aku pegi bantai main internet, tak main FB, tapi aku ber-tweet sakan dengan kawan aku Izzati Mohd yang duduk sebelah aku ni je hah. Aku yang gila ke dia?

Sekali aku sebut perkataan keramat McD, jadi tak keruan semua orang mencelaka-kan aku sebab trigger benda-benda best disaat hidup dibelenggu kebosanan macam sekarang ni.

Bila aku SMS kawan aku Farrah Shida, dia cakap dia terbayang Kuala Perlis.

Lagi melampau woi, tu seafood, tu real food weh, lagi durjana tahap kesedapannya. Ketam berempah, sotong goreng tepung, ikan bakar bagai, McD mampu bagi aku semua tu? Non adoooo.

Maka, aku nak bersiap sekarang. Pegi McD je. Kuala Perlis tu nanti aku fikirkan macam mana.

Adios amigos berambos :D

No comments: