And so I went to Changlun with them girls, have lunch and went groceries shopping. Then masa kat dalam C-Mart tgh jenjalan cari
Vitagen purple, pastu sambil fikir-fikir nanarogaya apa nak beli, nampak ada sorang Pak Arab ni pandang-pandang. Senyum jela balik. Senyum gerakkan hujung mulut sikit je, takde la beria mana pun, buat syarat nak sedekah hari Jumaat, ye tak? Pastu pegi cashier nak bayar, terpandang Pak Arab tu ada nun hujung kat belah kanan sana kat tempat buah-buahan, tgh pandang, usha gatal. Uishh ni lebih dah ni, detik hati kecilku.
Lepas dah bayar Vitagen and air mineral cap Pyramid, aku pun jalan lagi pegi ATM, nak cucuk duit nak bayar broadband, The girls were nowhere to be seen. Tah merayap mana bebudak ni. Dah cucuk duit, nampak Idy and Zati turun from escalator.
"Babe! I takut!" Aku pun cerita bla bla bla Pak Arab bla bla bla usha I yadda yadda.
Pastu kitorang tiga pegi Celcom, which was situated just opposite the cashiers. Pastu nampak lagi Pak Arab tu. Pandang-pandang lagi. Idy cakap silap-silap japgi dia bayarkan semua broadband aku. Hotak kau!
Pastu dah bayar broadband, jumpa the guys. Borak-borak, pastu jalan nak kuar from entrance, tiba-tiba Idy panggil.
"Babe I tau! U pura-pura jalan ngan ************* konon-konon tu boyfriend u, pegi jalan depan Pak Arab tu". Masa tu Pak Arab tu ada kat Watson tgh berdiri cam tak buat pape tapi macam tgh tunggu aku dtg cakap "Hye, boleh ngorat" kat dia.
*Maaf nama pelakon tempelan itu tidak boleh di-disclose-kan di sini atas sebab-sebab tertentu*
So aku ngan mamat ni pun jalan la feeling-feeling couple tak mesra, jalan masuk Watson, lalu depan Pak Arab tu. Dia pandang lagi. Masuk Watson, dia pandang lagi. Rimas la ngok!
Pastu dah kuar Watson, lepak luar C-Mart tu tunggu the other guys and lagi 2 orang minah tah merayap mana tah lama sangat. Kitorang diri lat luar, Pak Arab tu pun nak jugak keluar. Dia cakap-cakap ngan kawan dia pastu pandang-pandang. Tembel betul la dia ni.
Pastu kitorang masuk dalam balik sebab luar panas. Dia pun masuk balik jugakkk.
Pastu aku pegi tgk budak jejantans 2 ekor tu beli cake kat depan escalator, Pak Arab tu lalu kat situ, naik escalator pegi 2nd floor. Aku pun cepat-cepat panggil bebudak ni, "Dah jom balik cepat!". Sementara orang tu dah naik atas dia tak nampak baik kitorang blah cepat-cepat takkan nak duduk C-Mart tu sampai malam?
Pastu jejantans tu pun dah nak balik, kitorang dah masukkan baarang dalam keta semua, nampak Pak Arab tu keluar dari C-Mart, pandang kiri kanan macam tgh mencari-cari. Aku ngan Idy bersungguh-sungguh menyorok dalam keta, takut dia nampak. Terus Pak Arab tu blah naik keta dia balik.
Eh korang jangan memain tau dengan Pak Arab. Diorang ada jenis yang gatal nak mati, duit banyak semua jalan. Sumpah takut. Tapi sekarang dah sampai bilik Alhamdulillah mintak-mintak dia tak recognize Bihun (kereta saya) sebab kalau tak nanti dia follow mana je kitorang pegi, mampos.
Anyway, terima kasih kepada pelakon tempelan, kerana jadi boyfriend 5 minit saya yang super tak romantik! Hahaha