Cecite cecite sket kenapa Kak Tipah tertipu, sambil tangan goyang2 macam mana Usop buat sambil senyum kambing, tengah tatap kek besday sendiri. Damn son lawak gila tolak wheelchair sendiri sebab takut Kak Limah haha.
Oh anyway, last Saturday I attended legal career fair at Corus Hotel. So I went there earlier, to have breakfast with bestfriends as I did not manage to meet them at all throughout my CNY/Midsem hols. Cuna jumpa si gendut Bang Cak sorang je itu pun sebab pegi Putrajaya nak ambik sijil SPM yang exam nya aku duduki 6 tahun lepas, tahun ni baru nak ambik sijil. Begitu sekali aku kesahkan pasal sijil ni.
After I had my breakfast dan lepas letih usha mat salleh handsome dengan anak dia yang super comel nak meninggal, I walked to KLCC with Adwin and Faradot. Bab jalan ni malas la nak cakap. Jarang2 buat. So bila buat kena la propa. Padahal Pelita ngan KLCC tu sekangkang kera je, kangkang kera pun lagi besar dari jarak aku jalan kot.
Motif nak pegi bukan la nak borong baju ke apa ke sebab sumpah nak nangis takde duit. Normal ke kalau time kita takde duit, baju sume cantik nak mampos, tapi kalau time kita banyak duit, pegi mall berkobar-kobar ni nak shopping, skali baju semua tebal2, bulu2, kita pun wonder kenapa, oh rupanya it's winter in their country. Eh tapi winter banyak baju sopan apa. Anyway, kalau tak winter pun baju memang laha kot so duit yang banyak tadi tu buat makan jela. Makan lagi... Kang kereta takleh start lagi kang..
Anyway, pegi Topshop bukan apa, cuma nak beli benda alah fashion tape je. Menatang fashion tape ni? Dia macam double-sided tape lah, guna untuk secure your dress or anything from falling off their places. Contoh, kalau angpa pakai tube dress, untuk mengelakkan korang daripada asyik pegang baju kiri kanan, lepas tu buat muka semangat nak pull it up, sambil pandang keliling takut ada orang perasan ke, baik la beli benda alah ni ke at least takde la jatuh sangat sampai menjojolkan benda yang tak patut terjojol haha.
So as I stepped into Topshop, I immediately went to the cashier and looked for it. Tinggal lagi satu je, nasib baik ada. I grabbed it and sambung pusing2 kedai sambil rasa nak nangis dan sambil berdoa supaya Mama kasi green light nak beli baju dan pulangkan duit PTPTN aku yang Mama tolong simpankan itu. Tapi nanti Ma bising baju yang ada pun tak pakai.
Lepas dah puas aku dera hati aku nengok bebaju semua, aku pun bayar. Lepas bayar, takde check2 lagi dah benda alah tu sampai la masa dah sampai uni, nak unpack barang, bukak la benda alah tu, hati rasa luluh. Perasaan dia lagi teruk daripada takde duit nak beli baju. Sebabnya, duit dah keluar for nothing.
Kotak tu kosong. Jammed. Camne boleh kosong? Abes guwa bayar RM39 untuk apa? Untuk kotak je? Ngan paperbag? Cenggitu?
Ni la ghupe benda durjana tu selepas saya konyokkan dan buang dalam tong sampah sebab terlampau jammed kenapa dia kosong, tapi kutip balik dari tong sampah sebab nak ambik gambar.
Malas nak rotate hahaha
Kecewa aku dengan kamu ni Topshop. I thought you're a dear friend of mind. Adwin asked me to post this to her together with the purchase receipt tapi malas till now tak pegi lagi post office and it's already Wednesday today so, whatever. Redha. Anggap jela hari Sabtu lepas, Farrah bersedekah amal jari'ah kat Topshop. Misteri betul macam mana boleh kosong, ke kotak tu sample je? Ke masa aku jalan2 tu benda tu semua tercicir dalam satu kedai? Entah la korang fikir la sendiri.
P.S. Lepas ni kalau nak beli anything TOLONG CHECK hingga akar umbi.


No comments:
Post a Comment