Enam Tahun bukan tempoh saya berpacaran dengan mana-mena lelaki, no. Juga bukan tempoh saya berjaya tak makan nasi dalam tempoh enam tahun, juga no. Also, bukan umur anak saya masuk tadika, no no no.
This is enam tahun all about :
Okay gambar pertama menunjukkan ada tompok hitam di sebelah kiri rehal. Rasanya mungkin nak tulis nama kat situ pada mulanya tapi mungkin ada typo, tapi tak boleh nak undo atau liquid (masa enam tahun belum kenal erti liquid paper dan magik yang mampu liquid paper lakukan) atau tak boleh padam dengan eraser sebab si pandai yang berusia enam tahun ni tulis nama nak kekwat je pakai marker pen.
Jadi, apa yang si pandai enam tahun lakukan ialah - lorekkan seluruh bagahian yang typo itu supaya ia nampak seperti it meant to be like that, ya know. Seperti, seorang artis yang penuh elemen misteri dalam pembikinan hasil karya beliau di atas sebuah rehal kayu.
Gambar kedua pula menunjukkan bahawa si pandai enam tahun mengambil keputusan untuk masih menulis namanya di atas rehal kayu, cuma kali ini di sebelah belakang rehal, oh nampaknya sudah sedikit pudar di situ ya jadi tak berapa nak nampak tulisannya. Inilah yang dikatakan art.
Ia tertulis :
FARRAH EZZATY
BINTI
MOHD RIDZWAN
6 TAHUN
Haa siap nak bagitau orang umur dia berapa, zaman ni masih belum ada nombor kad matriks so tulis umur pun jadi lah heee.
Gambar ketiga, kaki rehal kayu patah :( Maka jadilah ia rehal kayu yang tempang.



No comments:
Post a Comment