Assalamu'alaikum & Hello fghens (friends with unknown ethnic slang hehe)!
This post will be in Malay, allow me. Thank you.
Sebentar tadi saya menonton TV dengan Mama, dengan gaya yang santai. Duduk macam takde tulang belakang sambil makan keropok. Heaven, kan kalau macam ni hari-hari. Tapi takleh, pening kpale terperap dalam rumah je. So anyway, tadi kami tengok satu cerita di channel Astro Prima.
Anda pernah ternampak iklannya di TV tak - La Ikro Ha Fiddin tajuknya.
Saya happy sebab dah few days tengok iklan dia and Mama selalu cakap "Macam best, nanti nak tengok". And usually, usually lah, kitorang akan ter-missed cerita yang macam best tu. Always like that. Haishh. But our luck, today we got to watch that drama on Astro Prima.
Pertama sekali, tolong maafkan saya sebab saya kurang arif dalam me-review movie atau drama. In fact, saya jarang sekali melakukan sedemikian. Mungkin kerana saya memang jarang dapat menonton movie-movie terbaru yang ditayangkan, atau memang saya bangsa orang yang hanya suka menonton, dan kemudiannya me-review bersama teman di dalam bilik kolej sambil berborak santai.
Ok back to the real deal.
Cerita ini mengisahkan tentang dua agama yang berbeza - Islam dan Kristian. Dan juga mempamerkan betapa kebaikan seseorang itu bukan dinilai dari agama yang dianutinya tetapi berdasarkan didikan yang diberikan kepadanya.
Nurlia ialah seorang graduan Al-Azhar dan Edward pula seorang doktor beragama Kristian.
Throughout this drama, saya dapat lihat bahawa betapa indahnya agama Islam itu, yang tentunya lengkap dan sempurna. Tetapi pada kebiasaannya, sering disalahertikan oleh bukan sahaja orang yang bukan beragama Islam tetapi juga orang yang beragama Islam itu sendiri.
Islam tidak menggunakan kekerasan. Islam mengajar kita untuk menjadi lembut dan berbuat baik kepada orang lain, tidak kira apa jua agama yang dianuti mereka.
Drama ni sangat sedih kerana Edward menempuhi kematian demi kematian dalam hidupnya, firstly bakal isteri dia mati kerana kemalangan right before mereka berkahwin, dan kemudian ibu bapa Edward mati juga kerana kemalangan. Being a Christian, Edward tetap berhati mulia. Sebagai seorang doktor di sebuah kampung yang kecil, Edward sangat komited dengan kerjanya dan tidak meletakkan agama sebagai penghalang untuk dia berbakti kepada orang-orang kampung. Bangsa juga bukan penghalang.
Manakala Nurlia pula merupakan satu-satunya anak kepada Tok Imam di kampung itu, dan cara dia menyampaikan dakwah kepada Edward adalah sangat casual dan yang penting, ia berjaya menusuk hati Edward dan menarik minat Edward untuk lebih mendalami agama Islam.
Edward kemudiannya telah memeluk Islam tanpa pengetahuan sesiapa kecuali Sister Maria iaitu seorang paderi yang rapat dengan Edward.
Edward sukakan Nurlia tetapi Nurlia enggan bersama dengan Edward atas sebab dia tidak mahu mengecewakan Edward kerana dia menghidapi barah hati. Selepas Edward mengetahui tentang perkara ini, tidak lama kemudian dia mati dipukul oleh Samiri yang tergila-gilakan Nurlia tetapi menggunakan agama sebagai perisainya untuk membenci Edward, padahal agama Islam tidak pernah melarang kita untuk berbuat baik dan bergaul dengan orang yang berlainan agama.
Edward pergi meninggalkan 3 surat dimana dalam setiap surat untuk 3 orang yang berlainan, dia mendermakan mata, buah pinggang dan hatinya untuk 3 orang yang berbeza yang memberi impak yang sama dalam hidupnya, iaitu kemanusiaan dan cinta terhadap sesama manusia.
Edward dilahirkan sebagai seorang Kristian, dan pergi meninggalkan dunia sebagai seorang Islam, Daud.
Begitulah serba sedikit tentang cerita ini, what a lame review I just made -_____-
Anyway,
Tidak bersyukurkah kita dilahirkan sebagai seorang Islam, sedangkan orang luar yang bukan dilahirkan sebagai seorang Islam begitu tertarik dan ingin mendalami agama yang indah ini? That made me think while washing the dishes, that, how deep my knowledge about Islam is? Subhanallah.. Semakin saya tahu tentang Islam, semakin saya sedar bahawa betapa ceteknya pengetahuan saya tentang agama ini. Kadang-kadang saya terfikir, cukupkah hanya dengan solat 5 waktu dan menutup aurat? Mungkin tidak. It's more than just covering up and praying, yes? Correct me if I'm wrong tapi saya memang bukan orang yang paling arif dalam hal agama tapi saya sedang cuba untuk belajar. Jangan cakap saya poyo kerana ingin memanifestasi ilmu saya di blog, tidak, bukan itu tujuannya. Cuma saya berdoa agar kita semua dilimpahi hidayah oleh yang Maha Esa kerana untuk mendapat hidayah-Nya bukan mudah. Tetapi tidak mustahil.
La ikro ha fiddin - Tiada paksaan dalam Islam. Wallahu'alam.
2 comments:
I like.
Tahniah for the hidayah.
Thanks so much love :))
Post a Comment