Mesti kamu semua tak faham kan kenapa header saya bertukar manjadi Rumah Kak Wak? Macam lah sesiapa yang datang ke blog ini boleh melihat saya menyapu halaman rumah sambil berkain batik pada petang hari.
Bukan.
Ceritanya begini:
Kawan baik saya punya orang gaji telah lari dari rumah. Namanya KAK WAS. Jangan was-was apabila membaca nama orang gaji itu, kerana namanya memang KAK WAS tanpa was-was ibunya telah memberinya nama KAK WAS jadi para pembaca tidak perlu was-was dengan KAK WAS.
Lalu, kami semua telah membahan kawan baik saya di Facebook. Membahan itu macam bahan-bahan orang la, ejek-ejek. Lalu saya ter-typo atau tersalah type nama KAK WAS sebagai KAK WAK.
Secara tradisinya, ketika kami semua berconference di Skype, barangsiapa yang ada typo, maka dia akan dibahan secukupnya sehingga bontotnya menjadi panas dan mukanya menjadi hijau.
Contoh-contoh typo yang sering terjadi adalah seperti:
BABI = BAIBI
WINA = EINA
FARRAH = FARRAJ (Typo paling lucah setakat ini)
CACAT = CACAR
AIR NI = AI NIR
KEYBOARD = JEYBOARD
dan banyak lagi. Banyak sangat sampai tidak teringat. Wina cakap Faradi je yang ingat semua typo.
Arakian, apabila saya ter-typo KAK WAS menjadi KAK WAK, makan saya dibahan secara ekstrim oleh rakan-rakan - secara terperincinya - Faradi nyonyet dan Wina nyenyet.
Maka Faradi nyonyet telah mencadangkan agar nama KAK WAK dijadikan header blog saya.
Dan.. Inilah hasilnya..
Sekarang sudah faham siapa KAK WAK?
P.S. Menurut Wina, KAK WAS yang sebenar telah lari bersama suami tercinta dan masih belum dijumpai. Innalillah.
4 comments:
HAHAHAA ;D LAWAK GILE!
WEH WEH WEH! KAU ADA TYPO LAGI DLAM BLOG NI!!! HAHAHAHAHAAHAH
'makan saya dibahan secara ekstrim oleh rakan-rakan'
MAKAN?! MAKAN KE MAKA? HAHAHAHAHAHA
MEMANG AKU INTENDED NAK TULIS MAKAN, SO WHAT FARADI??? HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHHA
hahhaha speechless
Post a Comment