Soalan cepu cemas yang boleh buat engkorang rasa macam nak sedut ibu jari kaki jiran sebelah. Soalan-soalan yang menggetarkan jiwa, menusuk kalbu serta menguji tahap kesabaran engkorang melayan karenah anak-anak istimewa yan ditakdirkan menjadi kawan engkorang makanya engkorang kena terpaksa jugak melayan. So, layan jela. Aku ada essay pasal Arrest nak kena buat and hantar esok ni tapi tgn aku gatal gak nak update.
Mari kita lihat senarai soalan-soalan cepu cemas yang latest. Zassssss!
Tadi semasa dalam kereta ondewei nak pegi pasar juadah kat Changlun, sedang rancak berborak serancak alunan lagu di radio, terkeluar lah lagu Alejandro by Lady Gagah.
Idy : Weh Alejandro lama gile tak dgr!
*Lagu itu pun berkumandang dgn agak lama lah. Bese lah lagu si gagah ni ada ke yang 2 menet? Mana ada kan?*
Idy : Lama gile lagu ni tak abes abes dari tadi
Farrah : Memang la lagu Lagy Gaga ada ke yang pendek semua panjang panjang.
Idy : Laaa Alejandro ni Lady Gaga ke yang nanyi??
*Aku hentak kepala kat kerusi dgn harapan kepala aku akan pecah tapi malangnya, tak.*
**************************************
Idy beli Axe Effect untuk kekasih dia sebab dia nak drool over boypren dia sendiri. Lantak la, laki kau.
Dah cite2 skali Raihan tanya : Kata tadi u belikan X-Factor untuk Rafiq?
*Axe Effect, Raihan... Axe Effect... Bukan X-Factor...*
**************************************
Masih scene dalam kereta, sedang berborak2 lantas terkeluar lagu Glee - Don't Stop Believing.
Maka semua berborak tentang Rachel, Quinn etc.
Raihan : I rasa Quinn tu cantik gilaaaa.
Idy : Memang babeee. Mata dia cantik gila, bersinar-sinar.
Farrah & Zati : I rasa dia minum Inner Shine lah.
Zati menambah : I rasa mata dia cantik sebab dia selalu berak.
Motif?
No comments:
Post a Comment