BAGI PINJAM.
Alhamdulillah.
Zuriat pun Allah yang bagi. Itu rezeki untuk setiap pasangan yang dah kawin.
Biasa la, orang, asal jumpa newlyweds mesti tanya "Dah ada apa-apa ke?" sambil pegang perut. Tak tahu yang tersembul tu lemak hasil dari perkongsian jugak. Perkongsian makanan aku dan suami. Sebabnya feveret kitorang pi makan. Makan makan makan. Nanti la baru pi exercise.
Aku cuba malas nak rasa offended dengan soalan-soalan sedemikian rupa dalam pelbagai gaya.
Biarkan je.
Sebab aku pun dulu before kawin kekadang tanya gak soalan cenggitu kat orang, ye tak?
Kita concern tapi kekadang tak sensitive. Lupa yang itu semua kerja Allah. Tapi jangan la ober sensitive sangat sampai kau emo benci orang yang tanya tu sampai taknak cakap ngan dia unfriend dia bagai. Rileks ok.
Semua kerja Allah. Nak bagi, tak bagi, banyak, sikit, lambat, cepat, SEMUA dah tertulis. Bukan tulis kat whiteboard office kau atau kat fridge rumah kau. Tak, Kak Nah. Tak camtu.
Tertulis di luh mahfuz sana. Kau nampak? Tak. Aku pun tak nampak. Bukan sebab kita rabun tak pakai spekmata.
Jiran sebelah rumah, nenek kampung sebelah, semua tak nampak, tak tahu. Jadi kau tau la siapa yang tahu kan? Tu, Dia yang satu tu.
Kita doa. Memang la kita doa. Dan usaha. Tu part kita boleh buat, buat la. Yang lain tu bukan jurisdiction kita, githeww.
Insha Allah. Kalau ada rezeki, ada la. Siapa taknak, suatu ciptaan Allah yang comel tembam macam Shin Chan (sebagai perumpamaan) keluar secara amazingnya dari perut?
Aku nak la. Nak sangat. =')
Dengan izin Allah, suatu hari nanti.
![]() |
| Eusuff and I |

No comments:
Post a Comment