All photos are taken from Malaysia Lunar Eclipse page on Facebook
Assalam'alaykum warahmatullahi wabarakatuh.
Bertemu kita sekali lagi secara langsung dari Balai Cerap, Bilik Merenung Bulan, Dewan Seri Angkasa, Angkasa Lepas, 45699, Marikh.
Gerhana bulan pada kali ini dikhabarkan kepada saya sebagai gerhana yang paling lama iaitu dari jam 1.34AM sehingga 7AM. Lama, bukan? Daripada seseorang masuk tidur, sampai lah dia bangun pagi untuk ke kantor, gerhana masih belum tamat. Hebat. Syabas diucapkan kepada yang bangun pagi.
Saya berasa begitu teruja melihat gerhana bulan pada kali ini kerana saya melihatnya secara langsung dari tingkap bilik ibubapa. Sebelum ni, bangun pagi, tgk surat khabar, "Laaa semalam ada gerhana ke kenapa tak cakap?". Kau expect siapa bagitau kau? Bulan tu nak SMS kau "Woi malam ni gua nak gerhana, lu tunggu tau jangan lupa usha gua", camtu? Bongok namanya tu, Farrah.
Walaupun masa total eclipse of my heart of the Moon tadi, waktu Bulan tertukar menjadi Action Kamen berwarna oren, awan nano nano nano nano telah berarak menutupi awan secara total, menjadikannya total loss of view of the total eclipse of the Moon. Faham?
Yang bestnya tengok gerhana bulan ni, kat page Malaysia Lunar Eclipse tu ada macam-macam orang, macam-macam perangai, macam-macam wall post hehe. Ada yang update dari Egypt, Medan, Cheras, Penang, Kajang, Seremban, etc. Ada yang sambil tgk gerhana, sambil tu ditemani makhluk halus la, ada yang mata dah ngantuk esok nak kerja la, macam-macam, go la to that page, pegi baca.
Anyway, Alhamdulillah, that was my first time witnessing such beauty and such magnificent event which will not happen none other because of The Almighty. Betapa besarnya kuasa-Nya. And Alhamdulillah, that was also my first time performing Solat Sunat Khusuf or Solat Sunat Gerhana Matahari.
*Not good to say this, but sumpah nak tercabut kepala lutut gua, nak putus urat kentut. Tasbih 100x ruku' pertama, 90x ruku' kedua, 70x ruku' ketiga, 50x ruku' keempat. Total 210. Kau rasa?*
But anyway, Alhamdulillah I managed to complete till the very last salaam. Syukur. Orang cakap solat sunat gerhana bulan ni salah satu solat sunat yang paling dituntut.
Kesimpulannya, aku rasa muka aku saling tak tumpah macam bulan skarang. Berpeta. Takde kena mengena. Bye.









No comments:
Post a Comment