Being such a mak-ish type of woman, I have almost everything in my bag. Whatever that you need, semua ada. Almost semua ada, macam 7-e bergerak cuma takde mesin Slurpee je. Unlike orang tu, ada water filter bawah seat kan. I went all speechless everytime you do something unexpected, especially Mopiko. I don't think anyone would ever understand this, but to me it's something. Ye pasti ada suara-suara Hasbullah Awang atau Din Beramboi yang akan mengatakan sesuatu seperti "Ye laa tengah angau, biasa la tu". Tapi bagi diri saya, ini bukan sebab angau lah. Ini macam, terkedu dek ke-thoughtful-an seseorang. Put aside isu nak pancing atau nak ambil hati, ini isu yang lebih material yakni chivalry.
Bagi sesetengah orang, bagi mereka, chivalry is dead, lama dah mampus tak wujud kat muka bumi ini. Pernah suatu masa dulu diri ini terjebak dengan pemikiran sedemikian. Namun Allah itu Maha Kuasa. Ditemukannya saya dengan seseorang yang saya tidak pernah sekalipun terfikir akan bertemu dan, well, ok skip that part. Pokok pangkalnya, jangan putus asa dalam mencari seseorang yang worth it. Usaha itu penting, tapi kalau usaha siang malam pagi petang hujan ribut petir banjir apa semua dalam mencari cinta, tapi tidak diiringi doa kudus, tak dapat ah Jack.
Hidup ini mesti ada perancangan, pasti. Setuju. Jangan biar hidup jadi caca-merba tiada hala tuju tidak tahu mana nak pegi, apa nak makan, bila nak mandi, nak gosok gigi ke tak, jangan. Bahaya. Tapi kalau hidup ni terlalu well-choreographed pun tak best. Kekadang, kalau sekali sekala dapat surprise bunga pada hari Jumaat di tengah Jalan Yap Kwan Seng, atau dapat penipuan "Saya kat Masjid Sultan Abu Bakar, JB", atau dapat kejutan Mopiko, apa salahnya. Hidup menjadi lebih ceria dannn, mulut akan cramp kerana terlalu banyak tersenyum. Alhamdulillah.
Ah cukuplah bebelan kali ini. Semoga malam ini dapat tidur lena dengan sweater hijau hendaknya :)
Assalamu'alaikum dan Salam Khamis!

No comments:
Post a Comment